KIMIA T.4
EKSPERIMEN MENENTUKAN FORMULA EMPIRIK MAGNESIUM OKSIDA.
Baiklah, pada kali ini, mari kita memahami dan mengamati pelaksanaan eksperimen bagi menentukan formula empirik magnesium oksida.
http://youtu.be/j0TlVHB1cbI
TUJUAN
Menentukan Formula Empirik bagi magnesium oksida
BAHAN
10 cm pita magnesium, kertas pasir
RADAS
Mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat
PROSEDUR
1. Timbang mangkuk pijar dan penutupnya.
2. Gosok dan bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3. Gulung pita itu dan letakkan gulungan tersebut ke dalam mangkuk pijar.
4. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan gegelung pita itu.
5. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
6. Mula-mula panaskan mangkuk pijar dengan kuat tanpa penutupnya.
7. Apabila pita magnesium mula terbakar, tutup mangkuk pijar dengan penutupnya.
8. Dengan menggunakan penyepit, buka penutup itu sedikit sekali sekala dan tutup semula penutup.
9. Apabila pembakaran magnesium telah lengkap, alihkan penutupnya dan panaskan mangkuk pijar dengan kuat selama 1 hingga 2 minit.
10. Tutup mangkuk pijar dan biarkan mangkuk pijar itu menyejuk ke suhu bilik.
11. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan kandungannya sekali lagi.
12. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperolehi. Rekodkan jisim tetap itu.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Pita magnesium digosok sebelum pemanasan untuk menyingkirkan magnesium oksida yang terbentuk di permukaannya.
2. Penutup pijar mangkuk dibuka sekali-sekala untuk membolehkan oksigen dari udara dapat memasuki untuk pembakaran magnesium yang lengkap.
3. Sebaik sahaja magnesium terbakar, mangkuk pijar yang ditutup dengan segera untuk mengelakkan asap putih magnesium oksida daripada terlepas, sekali gus menyebabkan jisim oksida yang terbentuwk berkurang.
KEPUTUSAN / PENJADUALAN DATA & PENGIRAAN
PERBINCANGAN
1. Pita magnesium dibersihkan bagi membuang lapisan oksida.
2. Wasap putih yang terhasil adalah magnesium oksida.
3. Buka penutup sekali sekala bagi membenarkan oksigen masuk untuk membantu pembakaran.
4. Tutup penutup (jika dibuka) dengan cepat-cepat supaya wasap putih itu tidak keluar kerana wasap putih itu adalah magnesium oksida.
5. Ulangi proses panas, sejuk dan timbang berulangkali sehingga mendapat bacaan tetap bagi memastikan magnesium dibakar sepenuhnya

Comments
Post a Comment